Monday, 10 December 2012

Hello Hai (Minggu ke-10)

Salam,
Pada minggu ini pula kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan satu tugasan yang bertajuk 'Multimedia' kamijuga telah diajar tentang apa itu multimedia, perisian, jenis, dan penggunaan.
Dan setiap kumpulan dibahagikan kepada empat orang ahli dan kami mendapat tajuk Audio, Video, Video cutting dan cara penggunaannya. Dan selepas tugasan itu selesai, ketua kumpulan harus membuat satu Group Facebook dan menjemput ahli kumpulan dan Cik Mazalah. Ketua kumpulan juga harus mengumpulkan hasil kerja dan menghantarnya di facebook dan Yahoo groups.

Hello Hai (Minggu ke-9)

Salam,
Pada minggu ini kami telah diajar oleh Cik Mazalah untuk mengendalikan 'Microsoft Excel'.


Tujujan utama pembelajaran kalai ini juga adalah untuk mengajar kami untuk membuat pengiraan dengan lebih mudah selain menggunakan SPSS. Pada pembelajaran kali ini, Saya telah dipanggil oleh Cik Mazalah untuk mengendalikan Microsoft Excel. kami telah diberikan tugasan untuk membuat kira-kira perbelanjaan selama 2 bulan bermula dari November hingga Disember 2012.

 Ini amat mudah dilakukan dan Insyallah dengan tunjuk ajar dan dorongan dari Cik Mazalah dan Kawan-kawan akan berjaya.

Hello Hai (Minggu ke-8)

Salam,
Setelah selesai membuat tugasan SPSS kami hanya perlu menghantar laporan kepada Cik Mazalah. Dan didalam laporan tersebut mesti merangkumi ;

1)Tajuk
2)Latar Belakang Kajian
3)Objektif
4)Dapatan
5)Rumusan

Dan dialam laporan tersebut haruslah mempunyai dapatan dan gambaran graf dari SPSS.

Akhir sekali harus menghantarnya melalui Yahoo Groups.

Hello Hai (Minggu ke-7)

Salam,
Minggu ini dimana kami telah diarahkan untuk mengisi data-data ke dalam SPSS. Kami juga telah disuruh untuk mencari 10 responden untuk didisi kedalam SPSS menggunakan survey yang dibuat dari SURVEY MONKEY tempoh hari.

Alhamdulillah rupa-rupanya SPSS amat mudah untuk digunakan untuk mendapatkan kiraan dalam bentuk graf dan cuma perlu memasukkan data seperti gambaran ketiga.

Dan selepas ini kami hanya perlu menghantar laporan. Insayallah

Wednesday, 5 December 2012

Hello Hai (Refleksi Minggu 6)


Salam,
Pada minggu ini, Kelas Komputer dalam Pendidikan telah mengajar saya berkenaan dengan penggunaan 'Survey Monkey'. Survey Monkey ini merupakan satu online database untuk membuat soalan-soalan survey malah untuk memudahkan lagi untuk mendapatkan dapatan. Tajuk survey saya adalah berkenaan dengan'Internet Security, Virus, Spam, dan Phising' dan tajuk ini berlandaskan tajuk yang telah diberikan pada minggu-minggu sebelumnya. Dan Alhamdulillah dengan tunjuk ajar Cik Mazalah dan Kawan-kawan survey saya telah selamat dibuat. Seterusnya survey ini perlu diberikan pada 3 responden.



Hello Hai (Refleksi minggu 5)

Salam, pada minggu ini gemaan Aidiladha semakin kuat dan disamping pula dengan tugasan kelas. Tetapi Alhamdulillah minggu ini Cik Mazalah hanya menyuruh kami untuk melengkapkan email kami. Dan tiada sebarang masalah yang timbul berkennan dengan email saya. Walaupun begitu Kelas masih berjalan seperti biasa dan saya hanya perlu kuatkan semangat. Insyaallah. Selamat Hari Raya Aidilaha.