Monday, 29 October 2012

Hello hai (Refleksi minguu 4)


Empat minggu sudah berlalu didalam kelas Komputer didalam pendidikan. Pada minggu ini kami telah diarah untuk membuat tugasan berkenaan dengan LMS iaitu Learning Management system. sebuah aplikasi web yang mempunyai banyak manfaat didalam dunia pendidikan dari segi penilaian, penyampaian nota, dan sebagainya. Disamping itu kami juga mancari kebaikkan dan jenis-jenis LMS. Tugasan ini telah dibuat oleh kumpulan kami pada awalnya tapi malangnya lewat didalam menguploadnya di laman web kumpulan saya. Alhamdulillah kini saya tela mneyiapkannya berkat tunjuk ajar Cik Mazalah dan rakan-rakan.

Disamping itu Cik Mazalah juga sudah menyuruh kami untuk menggunakan membuat survey menggunakan 'Survey Monkey'. saya telah memilih tajuk berkenaan dengan 'Internet and Computer security'. tetapi sebelum itu kajian dan penyelidikkan berkenaan dengan tajuk yang diberi harus dikaji. Insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar.





Friday, 19 October 2012

Hello Hai (Minguu 3)

Assalamualaikum,

Pada minggu ini, kami telah dipanggil seorang demi seorang oleh Cik Mazalah untuk mengetahui tentang perkembangan kami. dan pada masa yang sama Cik Mazalah juga telah menunjukkan pada kami berkenaan dengan proforma dan apakah tugasan yang perlu dijalankan sepanjang semester ini. Insyaallah dengan bantuan rakan-rakan dan semangat


semuanya akan berjalan dengan lancar.

Hello Hai (Refleksi Minguu 2)

Assalamualaikum,

Pada minggu kedua, kami telah diarahkan untuk memebuat satu lagi akaun Yahoo Groups dengan bertajukkan nombor matriks dan singkatan fakulti (A134302FSSK). Disamping itu, kami juga telah diajar untuk menjemput Dr Siti, Cik Mazalah, dan juga ahli kumpulan yang telah dipilih. Setelah selesai saya juga telah diajarkan untuk mengemas kinikan database Yahoo Groups dari kriteria email, Gmail, Blog, dan Facebook akaun. Selepas itu kami juga harus membuat LMS dan menghantarnya ke Google Drop sebelum berangakat pulang pada pukul 7.20pm.

Hello hai (Refleksi minggu pertama)

Assalamualaikum,

sebagai seorang pelajar sastera, menulis dengan pen dan kertas merupakan suatu rutin bagiku tetapi menulis dengan menggunakan komputer dalam blog merupakan suatu pengalaman yang baru bagi saya setelah memasuki kelas Komputer Dalam Pendidikan (GE1153). Tetapi dengan bimbingan Cik Mazalah, Insyallah semuanya akan berjalan lancar bak aliran air sungai yang jernih,..

Pada minggu pertama saya memasuki kelas Cik Mazalah, beliau telah menyuruh kami semua untuk membuat 'Signature' didalam Email kami semua. Pada awalnya saya bingung dan hairan bagaimana mahu membuatnya.  pada mulanya Cik Mazalah hanya mengajar dari segi 'Settings' dan saya mengikutinya dengan tenang dan sabar. Selepas mendengar dengan betul dan dengan bantuan rakan sebelah, saya telah berjaya membuat apa yang disuruh oleh Cik Mazalah. Perisiannya dan kriteria 'Signature' dalam email adalah tandatangan, nama penuh, nombor matriks, pusat, dan fakulti. dan kemudiannya, akan ditambah jika diarah oleh pensyarah.


Perisian seterusnya adalah blog, akaun facebook (persendirian dan kumpulan), dan akaun Yahoo groups. dan seterusnya, kami juga telah diajar untuk menyertai dan membuat akaun Yahoo groups sebelum kelas tamat pada jam 7.30 pm.