Assalamualaikum,
sebagai seorang pelajar sastera, menulis dengan pen dan kertas merupakan suatu rutin bagiku tetapi menulis dengan menggunakan komputer dalam blog merupakan suatu pengalaman yang baru bagi saya setelah memasuki kelas Komputer Dalam Pendidikan (GE1153). Tetapi dengan bimbingan Cik Mazalah, Insyallah semuanya akan berjalan lancar bak aliran air sungai yang jernih,..
Pada minggu pertama saya memasuki kelas Cik Mazalah, beliau telah menyuruh kami semua untuk membuat 'Signature' didalam Email kami semua. Pada awalnya saya bingung dan hairan bagaimana mahu membuatnya. pada mulanya Cik Mazalah hanya mengajar dari segi 'Settings' dan saya mengikutinya dengan tenang dan sabar. Selepas mendengar dengan betul dan dengan bantuan rakan sebelah, saya telah berjaya membuat apa yang disuruh oleh Cik Mazalah. Perisiannya dan kriteria 'Signature' dalam email adalah tandatangan, nama penuh, nombor matriks, pusat, dan fakulti. dan kemudiannya, akan ditambah jika diarah oleh pensyarah.
Perisian seterusnya adalah blog, akaun facebook (persendirian dan kumpulan), dan akaun Yahoo groups. dan seterusnya, kami juga telah diajar untuk menyertai dan membuat akaun Yahoo groups sebelum kelas tamat pada jam 7.30 pm.
all the best..:)
ReplyDelete